Tempatan

Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah, Negara Tunduk Pada Tekanan Kristian? – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – “Apakah negara ini dikuasai oleh Agama Kristian???? Kerajaan Madani tunduk dengan tekanan penganut Kristian sehingga sanggup tarik balik Rayuan kes Kalimah Allah dengan itu membenarkan terus pihak Kristian boleh mencetak apa sahaja bahan bacaan menggunakan Kalimah Allah merujuk kpd Tuhan Kristian,” tempelak Pengerusi PERKASA, Syed Hassan Syed Ali susulan laporan yang menyatakan bahawa Kerajaan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes kalimah Allah semalam.

Hairan dengan tindakan ini, beliau mempersoalkan, mengapa KDN menarik balik rayuan kes ini.

BACA JUGA: Kalimah Allah: ISMA Gesa Kerajaan Tarik Balik Pembatalan Rayuan

BACA JUGA: Cuaca Panas: Amaran Berjaga-Jaga Buat 12 Kawasan

BACA JUGA: Lapan Negeri Di Malaysia Dijangka Bakal ‘Tenggelam’ & Hilang Dari Peta

“Kenapa KDN tarikh balik Rayuan Kes Kalimah Allah???”

“Apakah keistimewaan Islam dalam Perlembagaan Negara hanya sebagai hiasan sahaja????” soalnya lagi.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), yang mewakili lebih 70 Gabungan NGO dan NGO-NGO Islam, membantah keras terhadap tindakan Kerajaan Madani di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (PMX) yang menarik balik rayuan terhadap kes kalimah Allah di Mahkamah.

“PEMBELA mengambil pendirian, tindakan PMX dan Kerajaan Madani ini satu tindakan melampau terbesar dan biadab dalam era pemerintahan yang tidak memperdulikan hak dan kesucian agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan serta tidak menjaga kepentingan kepentingan majoriti umat islam di negara ini.”

Tegas PEMBELA, “Kegagalan untuk Ahli-Ahli Parlimen Islam untuk menggesa Dato’Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penarikan balik pembatalan rayuan itu, harus dianggap sebagai KEGAGALAN UTAMA para Ahli-Ahli Parlimen ini dalam mempertahankan Agama Negara. Ia harus disusuli dengan tindakan-tindakan wajar sebagaimana yang harus dilakukan pihak yang gagal menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: