Tempatan

Perlu Pinda Perlembagaan Untuk Laksana Hudud

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2022 – “Pelaksanaan hudud memerlukan pindaan Perlembagaan,” dakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai isu hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh parti tersebut namun tidak dapat dijalankan sehingga ke hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam satu wawancara bersama Sinar Harian yang berlangsung pada 10 Mac lalu, ketika diajukan soalan, adakah PAS masih memperjuangkan hukum hudud dan nasib pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.

Abdul Hadi Awang turut memaklumkan bahawa isu hudud ini masih tidak dapat diteruskan kerana masalah utama yang menjadi halangan pada ketika ini adalah apabila pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua per tiga daripada ahli Dewan Rakyat.

“Jika Ahli Parlimen PAS dan UMNO sahaja mengundi tidak cukup. Malah, tidak semua Ahli Parlimen UMNO menyokongnya, apatah lagi wakil rakyat PH,” ujar beliau.

Portal Malaysiakini melaporkan, PAS sejak berdekad-dekad silam sering membawa agenda pelaksanaan hudud dalam politik mereka. Malah menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu parti itu diberikan ruang untuk membawa usul rang undang-undang atas kapasiti peribadi – melalui Abdul Hadi – bagi meminda Akta 355 di sebalik status mereka sebagai pembangkang kepada BN.

Sebelum ini, beliau yang juga merupakan anggota Parlimen Marang itu turut membentangkan usul pindaan akta yang juga dikenali sebagai RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 sebagai RUU persendirian.

Malangnya, usul tersebut terhenti di peringkat pembentangan dan tidak dibahaskan sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: