Gaya Hidup

Perlu Panas Enjin Ketika Hidupkan Kereta Di Waktu Pagi? Mitos!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Amalan memanaskan enjin ini adalah amalan yang sering dilakukan oleh hampir semua pengguna kenderaan. Tidak kiralah sama ada anda pemandu kereta, motosikal, van, lori dan sebagainya.

Kebiasaan amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke destinasi yang hendak dituju.

Ada yang memanaskan enjin selama 5 minit dan ada juga yang memakan masa lebih daripada 10 minit sebelum memulakan perjalanan. Tujuan dilakukan sebegini kononnya untuk menjaga enjin demi memastikan jangka hayat enjin lebih lama dan berkeadaan baik.

Sebenarnya rutin memanaskan enjin kereta ini adalah tidak perlu memandangkan kenderaan yang dihasilkan pada masa kini sudah semakin canggih dan maju.

Kebanyakan kenderaan masa kini telah digantikan dengan teknologi elektronik seperti suntikan bahan api atau fuel injection yang berfungsi menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun ketika cuaca sejuk.

Melainkan kereta anda adalah kereta lama yang masih menggunakan enjin jenis daripada karburator, itu pun cuma perlu menunggu hanya 1 ke 2 minit sahaja bagi pemprosesan bahan api serta minyak pelincir dialirkan ke semua bahagian enjin, manakala tempoh menunggu paling lama bagi enjin kereta moden yang menggunakan suntikan bahan api ialah 30 saat ke 1 minit sahaja.

Kenderaan moden hari ini juga mula memaparkan indikator suhu pada panel meter. Ia memudahkan lagi pengguna kenderaan untuk mengetahui suhu enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan, namun pengguna tidak perlu menunggu sehingga indikator terpadam.

Jika anda memanaskan enjin lebih lama daripada tempoh tersebut, anda sebenarnya sedang membazirkan minyak dan masa. Selain itu, ia berisiko mengakibatkan petrol meresap masuk ke dalam minyak enjin hingga menjejaskan tahap prestasi bahan pelincir itu.

Secara tidak langsung meningkatkan risiko haus ke atas komponen dalam enjin.

Malah, turut mencemarkan alam sekitar dengan pelepasan gas berbahaya, iaitu karbon monoksida.

Paling berbahaya jika pemanasan enjin dibuat dalam kawasan tertutup, ia boleh mengakibatkan kematian.

Jadi, selepas ini, tidak perlulah anda memanaskan enjin kereta sebelum bergerak. Start enjin, terus gerak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: