Tempatan

Perlu 6 Bulan Lagi Untuk Lupus Al-Quran Banjir – Pusat Pelupusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2022 – Kesemua al-Quran yang rosak akibat banjir di Lembah Klang tahun lalu memerlukan jangka masa enam bulan lagi bagi proses pelupusan kitab tersebut, kata Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah di Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Setakat ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaporkan bahawa pusat tersebut sudah melupuskan 5,356.72 kilogram helaian al-Quran yang rosak. Namun prosesnya menjadi sukar kerana baki al-Quran yang belum dilupuskan bercampur dengan buku-buku lain.

Turut dilaporkan, baki al-Quran yang ada perlu diasingkan terlebih dahulu untuk proses pengeringan, kemudian ditimbang dan dibakar.

Walaupun proses pengasingan telah dibuat, pihak pelupusan masih mendapati sebahagian bahan dan dokumen yang diterima adalah buku bacaan dan bukan naskhah al-Quran.

Pihak JAWI mula melaksanakan perkhidmatan pelupusan al-Quran sejak 20 Disember lalu dan sehingga kini seramai 12 sukarelawan berada di pusat tersebut membantu dalam kerja-kerja pelupusan al-Quran.

Mereka menerima al-Quran yang rosak daripada pelbagai pihak seperti individu, sekolah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp), dan juga beberapa pihak lain termasuk kawasan bencana banjir sekitar Lembah Klang dan dari negeri Pahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: