Tempatan

Perlembagaan Tidak Iktiraf Hak Ateis – Prof Shad Saleem Faruqi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 1 November 2021 – Fahaman-fahaman seperti fahaman ateis dan agnostik tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Malaysia, berikut merupakan kenyataan Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi dalam sebuah forum bertajuk Freedom of Religion Under the Malaysian Constitution pada 28 Oktober lalu.

Dalam mengulas peruntukan Perkara 11(2), beliau menyatakan bahawa perkataan yang digunakan dalam Perlembagaan menunjukkan bahawa fahaman-fahaman seperti fahaman ateis dan agnostik tidak termasuk di bawah pemeliharaan undang-undang.

“Dalam (struktur penulisan) Perlembagaan Persekutuan, ada tanggapan bahawa setiap orang mempunyai agama,” tambah beliau lagi.

Dalam forum yang sama, Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi turut menekankan bahawa kepercayaan kepada tuhan merupakan hal pertama yang disebutkan dalam Rukun Negara.

Pada Ogos 2017, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu mengusulkan supaya golongan ateis “diburu” berikutan dakwaan bahawa terdapat segolongan dari umat Islam yang menghadiri perhimpunan gerakan Atheist Republic, sebuah gerakan antarabangsa yang aktif dalam penyebaran dakyah-dakyah ateis.

Pengasas kumpulan Atheist Republic, Armin Navabi sering mencetuskan kontrovesi dengan kenyataan-kenyataan yang menghina agama, dan bukan hanya agama Islam, bahkan Dewi Kali, Dewi dalam agama Hindu turut dihina oleh beliau dalam bentuk pengeluaran kemeja-T dengan karikatur dewi tersebut yang berunsur lucah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: