Tempatan

Perlembagaan Tak Iktiraf Pertukaran Gender Kerana Melanggar Perintah Agama Islam – Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 – “Undang-undang tersebut sangat jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan yang disemai dengan nilai-nilai tempatan tidak mengiktiraf pertukaran gender,” tegas Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Jelas beliau, perkara itu apatah lagi jika melibatkan orang Islam kerana ia melanggar perintah agama Islam itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika diminta menyatakan pandangan beliau mengenai kenyataan Human Rights Watch (HRW) yang meminta diluluskan undang-undang untuk pihak transgender menukar jantina di kad pengenalan mereka yang tular baru-baru ini.

Jelasnya, permohonan itu sudah tentu boleh diisytihar tidak berperlembagaan jika ada yang memohon di mahkamah sekalipun.

Kita melihat ada pihak yang semakin berani mengeluarkan cadangan tidak masuk akal ini dan turut mengganggu dan mencabar perundangan Islam juga. Hal ini dapat dilihat dalam laporan yang sama di mana HRW turut menyarankan supaya Parlimen menolak usul pindaan undang-undang yang memberikan peruntukan hukuman lebih berat kepada Mahkamah Syariah.

Dato’ Zainul Rijal berkata, di sini, secara jelas dapat kita lihat bahawa mereka ingin menyemai benih-benih universal di bumi watan walaupun ia tidak sesuai dengan persekitaran di Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan mengapa hukuman yang lebih berat di dalam undang-undang sivil tidak pula dibantah dan dipersoalkan?

Justeru, Kerajaan mesti tegas serta tidak melayan permohonan ini dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang cuba menggerakkan agenda negatif dari barat ke negara ini agar tidak menjadi perkara yang boleh dianggap biasa.

“Ini kuasa Kerajaan ia tak sepatutnya diletak di bahu badan bukan kerajaan (NGO) untuk bantah dan menyelesaikan permasalahan ini,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: