Antarabangsa

Perlakuan Israel Adalah Peperangan Terhadap Kanak-Kanak – UNRWA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 14 MAC 2024 – Pengerusi UN Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA) yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philippe Lazzarini telah menyatakan bahawa peperangan yang berlaku di Gaza kini adalah perang terhadap kanak-kanak. Ujarnya,

“Peperangan ini adalah peperangan terhadap kanak-kanak. Ianya adalah peperangan terhadap zaman kanak-kanak serta masa depan mereka.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu beliau menyeru agar diadakan gencatan senjata serta merta. Lazzarini juga turut memetik data yang dikeluarkan PBB yang menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak adalah hampir separuh daripada angka keseluruhan kematian.

Lebih daripada 12,300 orang kanak-kanak warga Palestin telah dilaporkan terbunuh sejak bermulanya konflik di antara rejim Israel dan Hamas.

Berdasarkan angka tersebut, kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh pembunuhan oleh tentera Israel di Gaza sejak Oktober lalu adalah lebih tinggi berbanding kematian akibat konflik global yang dikira daripada 2019 sehingga 2022.

Walaupun kadar pembunuhan orang awam Palestin dalam konflik ini adalah sangat tinggi, namun pada Selasa lalu, Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu telah membuat kenyataan bahawa pihak tentera rejim haram tersebut telah “mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kematian orang awam yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana tentera dalam sejarah”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: