Tempatan

Perkukuh Industri Kemahiran dan Inovasi Bantu Isu Buruh – MTUC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 26 Jun 2022 – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan bahawa graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta penggunaan teknologi baharu boleh membantu bagi menyelesaikan isu buruh dalam jangka masa yang panjang.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, graduan TVET kurang dihargai berikutan pemain industri ketika ini menganggap graduan TVET sebagai mereka yang tidak cukup mahir serta belum dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi.

Lantaran daripada persepsi itu, beliau mencadangkan agar TVET diperkukuhkan dengan memperluaskan lagi publisiti bagi mengubah persepsi sedemikian terhadap TVET.

“Putrajaya mesti lebih mempromosikan proses pendidikan ini dan memastikan orang ramai memahami bahawa graduan ini bukan sekadar mekanik atau pekerja kilang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kebanyakan pekerjaan juga masih menggunakan kaedah lama sekaligus menyebabkan negara ini ketinggalan dalam inovasi.

“Sebagai contoh pekerja masih menggunakan kekuatan sendiri untuk mengutip tandan buah yang masing-masing boleh mencapai berat sehingga 20 kilogram (kg) di ladang kelapa sawit walaupun wujud mesin yang boleh membantu mempercepatkan kerja,” katanya.

Malah, beliau turut mencadangkan agar nama jawatan pekerjaan dijenamakan semula kepada nama yang lebih profesional dan mampu menarik penduduk tempatan.

“Daripada memanggil seseorang sebagai pekerja ladang kita sepatutnya memberi jawatan itu nama yang lebih profesional. Mungkin…Pembantu Ladang. Ini boleh membantu memodenkan industri,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: