Perkhidmatan TNB Tergendala Dua Hari
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 – Dalam memastikan perkhidmatan berterusan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan bagi penambahbaikan infrastruktur bermula jam 11:00 malam 26 Ogos 2022 (Jumaat) hingga 8:00 malam 27 Ogos 2022 (Sabtu) ini.
Kenyataan itu memaklumkan, beberapa perkhidmatan TNB yang akan tergendala susulan kerja-kerja penyenggaraan tersebut adalah;
• Portal dan Aplikasi myTNB
• Kios pembayaran layan diri TNB di Kedai Tenaga
• Saluran pembayaran RMS Reload di 7-Eleven, 99 Speedmart dan Caring Pharmacy.
Bagaimanapun, perkhidmatan pembayaran bil elektrik melalui saluran-saluran berikut akan beroperasi seperti biasa,
• E-wallet: Boost dan Touch ’n Go
• JomPAY
• Perbankan internet
• Saluran Fizikal:
• Kios PayQuik
• ePay (contoh: Stesen minyak, KK Mart, Econsave)
• MobilityOne (contoh: D Mart, Happy Mart)
• Kedai Tenaga Pusat Transformasi Bandar (UTC)
• Pos Malaysia
• Ejen bank berdaftar BSN dan Bank Rakyat
Orang ramai yang ingin berhubung dengan TNB susulan aduan gangguan bekalan elektrik dan lampu jalan masih lagi boleh menghubungi TNB Careline 15454 serta platform media sosial rasmi TNB yang masih beroperasi seperti biasa.
Syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia itu menjangkakan terdapat kemungkinan berlakunya kelewatan pihak mereka dalam memberi maklum balas pertanyaan dan aduan melibatkan akaun dan bil maka, orang ramai juga boleh menghubungi di saluran-saluran berikut:
• Talian 1-300-88-5454
• Emel [email protected]
• Platform media sosial rasmi TNB
• Kedai Tenaga UTC yang beroperasi ketika tempoh penyenggaraan.
“Pihak TNB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami sepanjang penyenggaraan ini,” maklum syarikat tersebut melalui akaun Facebooknya hari ini.