Perkembangan Kanak-Kanak Jatuh Perigi: Haidar Tidak Lagi Menyahut
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ZABUL, AFGHANISTAN, 18 Februari 2022 – Pasukan penyelamat Afghanistan kini sedang berlumba dengan masa bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Haidar, 9 tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 25 meter di perkampungan Shokak.
Berita mengenai Haidar mula mendapat perhatian selepas pengguna-pengguna media sosial menggunakan #SaveHaidar, menyeru dunia mendoakannya agar tragedi seperti adik Rayyan di Maghribi tidak berulang.
Maklumat terbaharu, Haidar dikatakan tidak menyahut selepas dipanggil
“Tinggal lagi sejam atau dua jam sahaja yang tinggal untuk menyelamatkannya. Kami memanggilnya tetapi tiada balasan. Hidup dan matinya tidak diketahui setakat ini. Sekali lagi kami mohon doakannya.”
Latest from Haidari:
There is about one or two hours worth of work left
We are calling to him but he doesn’t respond
His life and death is unsure at this point
Once again requesting duas 😥🤲#SaveHaidari
— اسلامپال پښتون (@IslamPaal) February 18, 2022
Haidar terperangkap di dalam perigi tersebut sejak dari 16 Februari 2022. Dilaporkan pihak penyelamat sempat menariknya keluar tetapi Haidar tersangkut di batu di kedalaman 10 meter.
Kanak-kanak itu dikatakan terjatuh ke dalam perigi tersebut sewaktu cuba membantu orang kampung menggali perigi baharu di kampung yang dilanda kemarau itu.
Selain kamera bagi memantau keadaan kanak-kanak kecil itu, pihak penyelamat juga membekalkannya dengan oksigen, makanan dan minuman.
Haidar semalam dikatakan masih lagi mampu menjamah makanan yang diturunkan. “Mereka membawa turun makanan dan dia menjamahnya.”
Ambulans serta beberapa keperluan lain telah berada di tempat kejadian, bersedia untuk segala kemungkinan.