Antarabangsa

Pemimpin Chechen Ikrar Hantar Anaknya Berperang Bersama Tentera Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHECHEN, 04 Oktober 2022 – Pemimpin Chechen, Ramzan Kadyrov pada Isnin lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sanggup menghantar anak-anak lelaki beliau untuk menyertai peperangan di Ukraine.

“Inilah masanya untuk mereka membuktikan diri mereka dalam pertarungan sebenar dan saya amat mengalu-alukan keinginan ini.” Kata Kadyrov melalui satu hantaran di Telegram. Ujarnya lagi,

“Tidak lama lagi, mereka akan berada di barisan hadapan dan akan berada di bahagian yang paling sukar.”

Menurutnya, kenyataan tersebut adalah ditujukan kepada mereka yang bercakap kosong yang mengatakan bahawa anak-anak kesayangan Kadyrov tidak akan menyertai operasi ketenteraan khas tersebut.

Kadyrov juga mengatakan bahawa anak-anak beliau, Akhmat (16), Eli (15) dan Adam (14) telah dilatih untuk bertempur sejak daripada kecil lagi.

Pengumuman Kadyrov itu dinyatakan beberapa hari setelah beliau menyarankan bahawa Rusia patut menggunaan senjata nuklear yang berimpak rendah di Ukraine, setelah tentera Rusia berundur daripada bandar Lyman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: