Tempatan

Musim Kemarau, PERHILITAN Gesa Masyarakat Waspada Kehadiran Ular

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 05 Mei 2023 – Pihak PERHILITAN menggesa masyarakat agar berwaspada dengan kehadiran ular susulan tibanya musim kemarau ketika ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, kebiasaannya binatang berbisa terutamanya ular ini akan keluar dari habitat mereka bagi mencari tempat baharu yang sejuk serta mencari sumber makanan.

Katanya, haiwan peliharaan seperti burung, ayam serta kucing bukan sahaja menjadi daya tarikan kepada ular tetapi ia juga sering menjadi tarikan utama bagi binatang berbisa itu.

Jelas beliau, kawasan rumah yang tidak bersih serta dipenuhi sisa makanan turut menjadi faktor kepada kehadiran binatang tersebut untuk berteduh.

“Maka, kawasan rumah yang seumpama itu boleh mengundang kehadiran ular. Haiwan tersebut biasanya tertarik dengan kawasan bersemak dan mempunyai sumber makanan yang mudah didapati,” katanya.

BACA JUGA: Makan Kulit Babi Dengan Bismillah, Influencer Didakwa Hina Islam

BACA JUGA: Kenyataan Media Sokongan Terhadap TGHH Sebagai PM, Palsu – Bekas Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Fenomena Garis Badai Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Ahad Ini

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai agar menjaga persekitaran rumah dengan sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata agar ia tidak menjadi lubuk bagi sumber makanan ular.

“Timbunan sampah sarap atau semak samun juga boleh mengundang kehadiran tikus untuk bersarang sekali gus meningkatkan risiko menjadi sasaran ular.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan orang ramai untuk menutup ruang kecil yang membolehkan ular dari menyelinap masuk demi mencari makanan, berteduh mahupun bersembunyi.

Beliau turut meminta masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri, melakukan provokasi mahupun mendekati sekiranya terserempak dengan binatang tersebut.

“Hubungi pihak PERHILITAN, bomba atau APM segera kerana mereka merupakan agensi yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan haiwan berbisan khususnya ular,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: