Tempatan

PrEP: Suami Pengamal Homoseksual, Isteri Terpaksa Makan Ubat Sepanjang Hayat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 – “Orang lain yang ‘sakit’ orang lain pun kene makan ubat, begitulah lumrah kehidupan jika kita terus dengan keputusan pemberian PrEP secara percuma.”

Demikian pendedahan oleh seorang pengamal perubatan tentang rancangan pemberian ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) secara meluas dan keterkaitannya kesengsaraan yang dihadapi seorang wanita yang merupakan seorang isteri yang terpaksa mengambil ubat PrEP untuk mencegah penyebaran wabak HIV susulan suaminya adalah seorang pengamal seks songsang.

BACA JUGA: Program PrEP, Pihak Berkuasa Agama Tiada Hak Tegur – Boo Su-Lyn

BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah

BACA JUGA: Ayam Malaysia Suka Bertelur Untuk Pasaran Eksport Berbanding Pasaran Domestik?

Tambah Puan Nadia Najib, wanita tersebut yang memilih untuk mempertahankan perkahwinannya, selepas ini terpaksa menjalani kehidupan dengan sesi kaunseling, ujian darah secara berkala dan ubat PrEP sepanjang hayatnya, yang mana pakar-pakar perubatan telah pun memberi amaran tentang kesan sampingan PrEP terhadap buah pinggang/hati dan lain-lain lagi.

Mengambil sudut pandang pembelaan kepada wanita dalam isu ini pula, beliau mempersoalkan siapakah yang akan membela golongan-golongan isteri yang teraniaya ini, sedang puak-puak biseksual/homoseksual yang mencari penyakit dibela, dijaga mental dan puak-puak yang berisiko tinggi ini diangkat sehingga runtuhnya institusi keluarga.

Justeru, beliau menempelak puak-puak feminis yang lantang memperjuangkan konsep kesamarataan gender, pembelaan wanita dan sebagainya kerana menikus dalam isu ini.

“Saya tidak mengharapkan puak feminis bersuara pun, tetapi isu ini sudah cukup membuktikan yang selama ini mendakwa diri mereka membela wanita, akhirnya mendiamkan diri ketika maruah dan harga wanita itu sedang diinjak-injak. Seolah-olah isteri itu akan bahagia hanya dengan TIDAK DIJANGKITI HIV, dari suaminya yang sorok2 makan PrEP, sedangkan suami bebas dengan budaya hidup songsang di belakangnya. Inikah konsep wanita itu setaraf dengan lelaki yang dicanangkan?”

Lebih malang lagi, masih ada pihak yang kuat menyokong pemberian ubat PrEP ini secara meluas sedangkan ‘abstinence’ merupakan langkah pencegahan utama yang disyariatkan agama (bukan hanya Islam) dan logik untuk diterima akal, ujar Puan Nadia Najib yang menyokong usaha Professor Dr Rafidah Hanim Mohkhtar dalam memperjuangkan isu PrEP ini.

Perkongsian beliau ini juga turut dikongsi oleh Profesor Dr Rafidah Hanim Mohkhtar, Profesor Gender dan Fisiologi Kardiovaskular Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Facebooknya dengan kapsyen, “Perubatan adalah holistik”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: