NGO

PERKASA KEDAH Desak Kerajaan Malaysia Buat Bantahan Lebih Tegas Kepada Kerajaan India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERKASA KEDAH mengikuti pergolakan yang sedang berlaku di negara India apabila parti pemerintah di India telah menindas umat Islam di sana dengan pelbagai serangan yang saban hari telah disusun-atur untuk mengancam umat Islam.

Dan yang terbaru, kumpulan pelampau Hindu telah mendakwa bahawa Hajratul Aswad milik umat Islam adalah hak asal kepunyaan masyarakat Hindu sebelum ini. Ini merupakan satu penghinaan terbesar kepada umat Islam seluruh negara kerana telah mencemarkan Tanah Haram bagi umat Islam.

PERKASA mendesak Kerajaan Malaysia agar membuat satu bantahan yang lebih tegas kepada Kerajaan India melalui kedutaannya di Malaysia.

PERKASA KEDAH juga mendesak Kementerian Dalam Negeri agar menyiasat sekiranya ada dakwaan bahawa pemimpin politik negara kita mempunyai hubungan dengan pemimpin kerajaan di India kerana sebelum ini ada pemimpin politik negara kita pernah mempertahankan LTTE sebelum ini.

Kerajaan Malaysia harus menyatakan solidariti bersama negara-negara Islam yang lain untuk mengecam segala tindak-tanduk yang dibuat oleh puak-puak pelampau di India yang telah menindas umat Islam di sana.

Kerajaan Malaysia harus menyekat apa saja hasutan atau fahaman yang dibawa dari India untuk terus masuk dalam negara kita.

Azrol bin Mansor
Ketua Penerangan Perkasa Negeri Kedah

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: