Tempatan

Bangunkan Sistem Kewangan Bebas Riba’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

https://www.sinarharian.com.my/article/246836/khas/belanjawan-2023/Kerajaan-tingkat-penyediaan-pembiayaan-islam

Bismillah: Bangunkan Sistem Kewangan Bebas Riba’

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Secara keseluruhan saya tidak ada masalah dengan Bajet 2023. Ini kerana saya sedar tidak mudah untuk merangka bajet dalam keadaan seperti hari ini.

Terutamanya setelah kerosakan besar yang dilakukan oleh Kerajaan PH 22 bulan, PN dan PN 2.0
Peninggalan hutang sebesar RM 1.5 trillion juga adalah merupakan bebanan yang besar yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Tuanku @ Kerajaan Madani.

Namun ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

Antaranya adalah mengenai komitmen Kerajaan kepada isu berkaitan pembiayaan menerusi kaedah secara Islam @ Patuh Syariah.

Saya mengalu-alukan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan lagi penyediaan pembiayaan secara Islam yang berteraskan kepada ekuiti. Iaitu ianya akan dilakukan menerusi konsep perkongsian seperti dalam konsep Al Mudarabah dan Al Musyarakah.

Sudah sampai masanya terutamanya dalam era Kerajaan Madani, pembiayaan secara Islam perlu diberikan perhatian dan penekanan yang khusus dan istimewa.

Dan kalau menurut saya, bukan sahaja pembiayaan secara Islam sahaja malah Kerajaan juga harus mengerakkan inisiatif untuk membangunkan Sistem Monetari dan Kewangan Islam secara menyeluruh.

Dan atas tujuan itu, gerakan koperasi di Malaysia harus dilibatkan secara langsung dalam usaha itu. Kerajaan Madani harus bekerjasama dengan Angkasa yang menjadi penaung kepada gerakan koperasi di Malaysia.

Dengan adanya 10 ribu koperasi yang aktif dan jumlah keahlian yang melangkaui 7 juta, ia merupakan komuniti yang paling berpotensi untuk mengamalkan Sistem Monetari dan Kewangan Islam.

Ia juga merupakan potensi pasaran yang cukup besar bagi Ekuiti Islam di Malaysia.

Khazanah dan pengurus-pengurus dana seperti KWSP, Tabung Haji, PNB dan yang lain-lain juga harus dilibatkan secara bersama.

Inisiatif seperti ini pastinya akan menarik minat yang tinggi dari para pelabur asing terutamanya dari negara-negara Islam yang lain untuk melabur dalam pasaran Ekuiti Islam di Malaysia.

Dan yang paling penting juga, inisiatif seperti ini akan menjadi pemangkin wujudnya Ekonomi Halal yang bebas Riba’ yang mempunyai potensi pasaran sebesar 2 billion konsumer di seluruh dunia.

Dengan potensi yang sebesar itu maka adalah wajar inisiatif ke arah itu digerakkan dengan kadar segera.

Dalam keadaan krisis seperti hari ini, modal besar dari para pelabur asing adalah sangat diperlukan bagi memulihkan dan merancakkan kembali aktiviti-aktiviti ekonomi kita.

Dan antara kaedah yang terbaik untuk menarik minat para pelabur asing adalah dalam sektor pasaran Ekuiti Islam Malaysia yang harus dibangunkan dengan kadar segera.

Semoga nota ini mendapat perhatian yang istimewa dari YAB Perdana Menteri Malaysia. InsyaAllah.

Al Fakir Ilallah
Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas

Pautan Asal: FB Mohd Ramalan Yunus

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: