Antarabangsa

Perkahwinan Sejenis Kini ‘Halal’ Di Mexico

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEXICO, 31 Oktober 2022 – Kongres negeri sempadan timur laut Mexico, Tamaulipas, akhirnya memilih untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis sekali gus menjadikannya ‘halal’ seluruh negara, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Tamaulipas yang merupakan negeri terakhir mengiktiraf perkahwinan sejenis di negara itu meminda Kanun Sivil negerinya pada Rabu lalu sambil diikuti sorakan “Ya, kita boleh!” daripada penyokong terhadap pindaan tersebut.

“Hari ini adalah hari bersejarah untuk komuniti LGBTQ dan untuk Mexico. Hari ini, kami dan keluarga kami lebih kelihatan, lebih sama rata dan kita adalah negara yang lebih adil,” kata aktivis, Enrique Torre Molina.

Presiden Mahkamah Agung Keadilan Negara turut mengalu-alukan undian tersebut.

“Seluruh negara bersinar dengan Pelangi yang besar. Hidupkan maruah dan hak semua orang. Cinta adalah cinta,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Baru-baru ini juga, beberapa negeri di Mexico, Sonora dan Sinaloa memilih untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis secara sah kerana ia merupakan tanda kemajuan yang ditunggu-tunggu bagi sebuah negara yang terkenal dengan keganasan berkaitan jantina.

Daripada Saidina Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Empat jenis manusia dimurkai Allah pada waktu pagi dan dikutuk Allah pada waktu pagi dan petang. “Aku bertanya: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Baginda Menjawab: ‘Orang lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang melepaskan nafsu pada binatang dan orang yang datang kepada lelaki (homoseksual),” Hadis Riwayat al-Baihaqi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: