Tempatan

Cuaca Panas: Jalan Lama Tenggelam Hampir 30 Tahun Kini Muncul Semula Di Perlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PADANG BESAR, 18 Mei 2023 – Setelah tenggelam hampir 30 tahun susulan pembinaan Empangan Tasik Timah Tasoh, sebatang jalan lama sejauh satu kilometer ‘muncul’ kembali susulan cuaca panas.

Memetik berita, kemunculan jalan tersebut di tengah laluan Tasik Timah Tasoh telah menarik perhatian orang ramai khususnya pemancing yang mengambil kesempatan untuk memancing di tempat itu.

Kata seorang penduduk, Mohd Fazli Osman, jalan lama tersebut masih dalam keadaan baik di mana lokasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat sendiri keadaan jalan itu.

Malah, ada juga yang mengambil kesempatan untuk berjalan serta merakamkan gambar di lokasi itu.

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah, Kerajaan Tidak Sepatutnya Tarik Balik Rayuan – Muhyiddin

BACA JUGA: Kes Rayuan Kalimah Allah, Putrajaya Langgar Titah Diraja – Bersatu

BACA JUGA: Kenapa Kerajaan Perpaduan Sekarang Tidak Mahu Merayu? – Profesor Dr Rafidah Hanim

“Saya selalu datang ke sini dan sudah biasa kerana perkara sama pernah terjadi pada tahun 2020. Betul-betul surut adalah pada tahun 2016 sampai nampak darat, jadi saya sudah tengok tiga kali fenomena ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Ajmal Shah yang bekerja di Felcra Lubuk Sireh berkata, beliau mengakui bahawa dirinya terkejut apabila melihat kemunculan jalan lama itu kerana sebelum ini kawasan tersebut dipenuhi air sewaktu beliau datang memancing.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, struktur asal Jambatan Merdeka di Sungai Muda yang tenggelam sejak kira-kira 50 tahun lalu turut kembali kelihatan susulan cuaca panas terik yang melanda ketika ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: