Tempatan

Perjanjian Malaysia Baharu: Rakyat Sabah Perlu Bersatu Sokong Gesaan – Penyelaras STAR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU, 10 Mei 2021 – Penyelaras Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Parlimen Sepanggar, Kenny Chua, bersetuju dengan desakan Presidennya, Jeffrey Kitingan agar Perjanjian Malaysia ditulis semula.

Justeru, Kenny mahu semua rakyat Sabah tanpa mengira fahaman politik bersatu di belakang timbalan ketua menteri itu kerana usaha berkenaan bakal memanfaatkan seluruh rakyat negeri berkenaan.

“Beliau (Jeffrey) telah menyuarakan apa yang berada di dalam hati kita selama berdekad dan biarlah gesaannya supaya dilaksanakan perjanjian baharu turut menjadi milik kita.”

Perkara yang sama juga disuarakan oleh Pengerusi Gerakmaju, Willde Edwin.

Menurutnya, anak muda di Sabah harus terlibat sama dalam rancangan untuk mewujudkan perjanjian baharu Malaysia.

“Sekiranya pemimpin negara bersetuju dengan gesaan Jeffrey itu, kami juga ingin terlibat dan dibenarkan mengambil bahagian dalam penyusunan dokumen perjanjian Malaysia yang baharu.”

“Saya tidak tahu apakah suara orang muda terhadap MA63 pada masa itu tetapi zaman telah berubah dan belia hari ini lebih arif mengenai isu politik.”

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan menggesa kerajaan mewujudkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA) yang baharu.

Ini kerana menurut dakwaannya, Perlembagaan sedia ada sekarang bukanlah Perlembagaan Malaysia manakala Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula tidak sesuai dengan aspirasi Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: