Ekonomi

Perjanjian CPTPP Ibarat Jual Negara Sendiri – MTEM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 September 2021 – MTEM menzahirkan kerisauan dan menyatakan Perjanjian CPTPP adalah ibarat menjual dan memperdagangkan negara sendiri kerana terpengaruh dengan janji-janji indah tanpa bukti jelas ia akan menguntungkan negara.

“Tidak ada kajian yang menggambarkan negara akan berjaya meningkatkan kadar eksport dan ekonomi kita dan isi rumah kita akan mendapat keuntungan. Segala kebaikan CPTPP boleh dicapai dengan perjanjian perdagangan bebas di antara dua negara dan perlu terhad pada barangan sahaja,” katanya lagi.

MTEM mewakili komuniti ekonomi bumiputera sejak tahun 2016 lagi bersama dengan puluhan NGO yang menyertai protes BantahTPPA mendesak agar kerajaan menunda ratifikasi CPTPP.

“Kerajaan mesti menerima hakikat bukan semua perniagaan akan menikmati faedah yang dicanangkan,” ujar Abdul Halim Husin, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Perjanjian ini lebih mementingkan mereka yang terlibat dalam industri eksport tanpa menghiraukan kesan pada ekonomi tempatan khususnya PKS yang terlibat sektor perkhidmatan dan selain daripada eksport.

“Lambakan import barangan yang lebih murah akan menjahanamkan peluang PMKS untuk bangkit dan menjadikan negara kita negara pengguna semata-mata. Perjanjian perdagangan yang kononnya bebas tapi tak adil ini akan memberi kesan pada pengeluar, PKS, petani, pesakit dan pengguna juga.”

Perjanjian TPPA ini dinamakan semula sebagai Comprehensive Progressive Agreement for Trans Pacific Partnership (CPTPP) selepas Pentadbiran Presiden Trump membuat keputusan untuk keluar daripada TPPA.

Tambah Abdul Halim, walaupun Perolehan Kerajaan diberi masa untuk kekal eksklusif pada bumiputera, melalui CPTPP, ia mempunyai tempoh masa dan jumlah yang telah ditetapkan.

“Adakah kita tidak mempunyai hak untuk menentukan bila dan bagaimana untuk menguruskan perolehan Kerajaan sendiri yang tidak tertakluk pada CPTPP di mana reversal dalam dasar tidak akan dibenarkan? Bukankankah ini hak telah termaktub dalam Perlembagaan?”

Tegasnya lagi, akibat pandemik ini, semua negara termasuk Amerika Syarikat sedang melindungi PKS mereka yang terkesan. Jadi apa perlu kita percepatkan ratifikasi ini?

Ujar Abdul Halim lagi, kajian PWC telah menyatakan kebanyakan PKS negara tidak bersedia untuk mengambil kesempatan CPTPP ini kerana kebanyakan PKS kita tidak ada skala yang diperlukan selain kekurangan sumber dan kewangan.

“Hari ini PKS kita lebih teruk akibat kesan pandemik. Adakah ini masa yang sesuai untuk meletakkan mereka di dalam keadaan yang lebih mudah terdedah pada masalah?” tegas Abdul Halim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: