Antarabangsa

Perisikan Jepun Keluarkan Hamas, Jihad Islami Dari Senarai Organisasi Pengganas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 30 November 2023 – Agensi Perisikan Keselamatan Awam Jepun (PSIA) mengumumkan telah mengeluarkan gerakan pejuang Hamas dan Jihad Islami dari senarai organisasi pengganas mereka.

Menerusi siaran berita Yahoo Jepun, dilaporkan, sebelum 27 November, PSIA mempunyai senarai terperinci 231 organisasi dalam ruangan Pengganas dan Pertubuhan Bersenjata Dunia.

Bagaimanapun, setakat 29 November, hanya 54 organisasi disenaraikan dalam ruangan tersebut dan 183 organisasi telah dikeluarkan.

Selain Hamas dan Jihad Islami, antara organisasi lain yang aktif di Palestin dan dikeluarkan dari senarai adalah Briged Syahid Al-Aqsa (AAMB), Tentera Islam (AOI) dan Majlis Syura Mujahidin di Baitulmaqdis (MSC).

Beberapa organisasi lain yang terkenal seperti Hizbullah, Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) dan Hizbul Mujahidin juga dikeluarkan dari senarai yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: