Antarabangsa

Perisik AS Jadi ‘Whistleblower’ Edward Snowden Diberi Kerakyatan Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 27 September 2022 – Edward Snowden, bekas perisik Amerika Syarikat (AS) yang mendedahkan tentang operasi intipan yang dilakukan oleh AS telah dianugerahkan kerakyatan Rusia oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, nama Snowden merupakan salah satu nama dari 72 lagi individu yang disenaraikan layak mendapat kerakyatan Rusia.

Snowden dikatakan memohon perlindungan dari Rusia kerana pada 2013, beliau telah membocorkan rahsia agensi National Security Agency (NSA) AS yang menjalankan kegiatan intipan dalam dan luar negara.

AS pula ‘memburu’ Snowden untuk dikembalikan di AS dan didakwa atas pertuduhan melakukan risikan ke atas AS.

Snowden meluahkan dalam sebuah ciapan meluahkan keperitannya kerana terpaksa berpisah dari kedua ibu dan bapa beliau, serta beliau mengucapkan rasa bersyukur dan memohon privasi dari media.

“Setelah bertahun-tahun berpisah dari ibu bapa kami, isteri saya dan saya tidak berhasrat untuk dipisahkan dari dua anak lelaki kami.”

“Setelah dua tahun menunggu dan hampir 10 tahun dalam pelarian, sedikit kestabilan akan memberikan sedikit perbezaan kepada keluarga saya. Saya memohon privasi untuk mereka – dan untuk kami,” luah beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: