Perhimpunan LGBTQ : Ideologi Songsang Ini Perlu Ditegah
BANGI, 14 Mac 2023 – Ideologi songsang dan menyesatkan seperti LGBTQ perlu ditegah dan dihalang daripada terus merebak untuk disebarkan kepada orang ramai selaras dengan penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di Malaysia, tegas Penolong Setiausaha Agung BERJASA, Puan Hajjah Kaslawati Kassim.
Beliau berkata demikian susulan perhimpunan terlarang yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh aktivis LGBTQ pada Ahad lalu.
BACA JUGA: Polis Buka Siasatan ‘Perhimpunan LGBT’ Kuala Lumpur
BACA JUGA: Cuaca Panas Luar Biasa Landa Semenanjung Malaysia Hingga Ahad
BACA JUGA: Kerja Lebih Masa, Pengamal Perubatan Swasta Bangkitkan Isu Gaji
Tegasnya, perarakan tersebut jelas perlu ditegah kerana adanya unsur slogan yang menyokong kepada doktrinisasi ideologi LGBTQ kepada masyarakat umum.
Antara slogan yang jelas dapat dilihat ialah “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” yang jelas terpampang pada plakad di dalam perhimpunan tersebut.
Menurut beliau, tindakan serius perlu dikenakan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran aktiviti tersebut termasuklah aktivis hak asasi (NGO), ahli politik dan juga mahasiswa.
“LGBTQ tidak membawa apa-apa kebaikan langsung kepada masyarakat. Ia hanya dipandu oleh nafsu dan keseronokan yang serakah pada individu-individu yang ingin terjebak dengannya”.
“Jelas ideologi LGBTQ ini hanya mendatangkan penyakit seperti HIV dan AIDS terutamanya kepada pelaku seks sejenis. Malahan ia tidak menyokong kepada pembentukan keluarga yang alami dan sihat”.
Beliau berharap agar pihak berkuasa bertindak tegas dan memantau aktiviti golongan itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi bagi menghormati masyarakat Islam di negara ini.
Ahad lalu, tular di media sosial rakaman perhimpunan serta perarakan yang mengangkat bendera LGBTQ di Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka.
@rotibakar.007 Seriously LGBTQRS di malaysia ni semakin ramai daaaannn semakin BERANI bg tunjuk dekat public. #KerajaanMadani #Madanon #MentegaTerbang #IsuViral #Malaysia #fyp
Perarakan tersebut didakwa telah diadakan kononnya bertujuan untuk mengangkat hak golongan LGBTQ dengan menumpang sentimen hak wanita bersempena Hari Wanita Antarabangsa.
Mereka semakin berani, siapa lgi kalau bukan geng LGBT, perosak akidah umat islam.
Mereka hanya berani muncul apabila PH berkuasa. Ini bukan tatakelolola yang baik.
Tolak PMX pic.twitter.com/YrUMimrutM
— Aiman Saipullah (@aiman_saipullah) March 12, 2023
Susulan itu, pihak polis telah membuka siasatan dan sedang mengenal pasti semua individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.