Perhimpunan LGBT: Menteri Arah Jawi Bantu PDRM
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – Kementerian Hal Ehwal Agama mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bekerjasama membantu pihak polis dalam siasatan kes perhimpunan LGBT di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama, Na’im Mokhtar, JAWI tidak akan bertoleransi dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan undang-undang berkaitan.
Katanya, “Sebarang usaha untuk mempromosikan atau menormalkan gaya hidup sesat yang bercanggah dengan nilai Islam adalah tidak boleh diterima.”
BACA JUGA: Fatwa Sesat Selangor: Mahkamah Putuskan Rayuan SIS Tiada Merit
BACA JUGA: Fokus Kebajikan Guru KAFA, Bukan Fitnah – Zulkifli Yahya
BACA JUGA: Kerajaan Mahu Banteras Miskin Tegar Menjelang 2025
Na’im turut menyarankan agar semua pihak menghormati dan akur dengan kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, isu perarakan ini menerima reaksi pelbagai pihak termasuk daripada sebuah parti politik dan juga pendakwah tanah air.