PERHILITAN Saran Bina Pagar Elektrik Kekang Gangguan Gajah
KOTA BHARU, 25 Februari 2023 – Pekebun dinasihati untuk mengambil langkah lebih efektif seperti pembinaan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) pembinaan parit gajah untuk mengurangkan gangguan konflik membabitkan gajah liar.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengakui langkah itu sebagai tindakan paling berkesan untuk mengekang pencerobohan haiwan liar itu.
BACA JUGA: Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani Jam 4 Petang Ini
“Pembinaan SPEG antara kaedah paling berkesan bagi menghalang gajah liar memasuki kawasan kebun seterusnya mengelakkan kerugian berterusan kepada pekebu.,”
BACA JUGA: Minyak Sawit: Tingkatkan Usaha Kekang Kempen Negatif Media Barat
“Namun pembinaan SPEG ini hendaklah mengikut spesifikasi sepatutnya bagi memastikan ia berfungsi dengan baik,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Baca juga: Agensi Maritim Selangor Masih Mencari Nelayan Hilang
Jelasnya, tangkapan dan pemindahan gajah liar yang mengganggu bukanlah penyelesaian jangka panjang.
“Sebagai contoh, tangkapan gajah liar di Kampung Kuantan, dekat Pahi di Kuala Krai pada 18 Februari lalu tidak dapat menjamin pencerobohan tidak berlaku lagi kerana kawasan kebun terletak berhampiran hutan simpan kekal (HSK) Jentiang dan Ulu Temiang yang mana dipercayai anggaran populasi gajah liar di situ melebihi 20 ekor.”
Dalam pada itu, jabatan itu turut menasihati penduduk khususnya pekebun supaya mengambil langkah mitigasi bagi mengurangkan konflik di kawasan berkenaan.
“Selain membina SPEG, pekebun juga perlu menjaga kebersihan kebun dan membina unggun api di laluan dikenal pasti digunakan gajah untuk masuk ke kebun dan memasang lampu LED (diod pemancar cahaya) biru di laluan sama.”