NGO

PERHEBAT DAN PERKEMAS SEMULA PROGRAM BANTUAN RAKYAT – GABUNGAN MELAYU ISLAM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

1. Gabungan 45 NGO Melayu-Islam (GABUNGAN) ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan mereka mendengar desakan kami untuk melaksanakan moratorium pinjaman automatik dengan serta-merta. Namun demikian, selari dengan kenyataan ahli Gabungan NGO pada 13hb Julai 2021, moratorium ini harus diperkemas lagi agar tidak kelihatan seperti cuba memerangkap orang ramai dengan terma-terma pro-institusi kewangan yang mengelirukan. Antara yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Moratorium yang sedang ditawarkan adalah sebuah perangkap yang akan menzalimi kebanyakan yang terkesan akibat perlaksanaan PKP, khususnya dari golongan B40 dan M40 yang kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputra serta induatri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

b. Kita menuntut campur tangan kerajaan untuk berlaku adil dengan memastikan moratorium adalah tanpa riba dan tanpa syarat untuk semua bank!

c. Unsur riba bukan sahaja menyebabkan rakyat Muslim secara sistematik menolak moratorium ini, bahkan mereka yang sanggup menerima akan terperangkap dengan hutang berganda. Hanya yang mampu sahaja mampu untuk menolak tawaran moratorium dan ini menggagalkan matlamat dan
hujah , kenapa moratorium diperlukan rakyat ketika ini.

d. Antara makluman yang kami terima, kebanyakan penyewa rumah atau pejabat tidak diberi diskaun oleh tuan tanah. Kebanyakan akan menambah jumlah hutang isi rumah. Keperitan masih berlaku di bawah . Masalah hutang isi rumah akan terus menekan semua bertahun tahun selepas ini.

2. GABUNGAN agak terkilan apabila menerima banyak aduan tentang kandungan surat tuntutan bayaran oleh LHDN tahun ini seolah-olah menafikan krisis yang melanda. Surat potongan gaji CP38 juga telah dikeluarkan LHDN tanpa merujuk kedudukan kewangan semasa rakyat yang dicukai menambah keresahan. Kami berharap agar kerajaan dan agensi pemungut cukai yang dilantik agar lebih empatik terhadap situasi kewangan yang dialami oleh masyarakat. Daripada menuntut bayaran cukai, tindakan yang lebih bertanggungjawab ialah dengan menawarkan tax holiday, bayaran secara ansuran, pemberian rebat yang lebih banyak dan banyak lagi termasuk tidak mengenakan riba bagi cukai tertunggak!

3. Berdasarkan laporan dan penerangan KKM dan MKN, penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) atau ringkasnya Akta 446 dan penutupan kilang yang masih degil untuk mengikut SOP adalah antara kunci untuk memastikan kita berjaya keluar daripada pandemik dengan segera dan tidak boleh mendapat kelulusan beroperasi sehingga ia mengikut Akta 446!

4. Tangani kenaikan kes kebangkrapan: GABUNGAN merasakan kerajaan wajar membeku tindakan foreclosure serta pengistiharan Muflis yang dikatakan meningkat mendadak sepanjang tempoh PKP, di samping mengambil inisiatif lebih pro-rakyat seperti mengubah nilai ambang muflis atau merombak sama sekali prinsip kebankrapan di Malaysia agar sejajar dengan ekonomi-ekonomi moden yang lain.

5. Unjuran kami mendapati pada kadar vaksinasi yang semakin baik iaitu 400,000 sehari membolehkan Malaysia mencapai imuniti kelompok, yang dikatakan kaedah mengeluarkan kita daripada pandemik ini, seawal 21 Oktober 2021 . Tetapi matlamat imuniti berkelompok ini pada hemat kami sukar dicapai jika kerajaan tidak mampu mengurus kemasukan serta jangkitan baharu yang sudah mencecah lebih 10,000 setiap hari sepanjang minggu ini sahaja serta terdedah kepada varian baru virus COVID-19 yang lebih tinggi kadar infeksinya. Memandangkan jangkitan berterusan hasil pelbagai dasar dan initiatif yang diumumkan, perlu elak beri harapan palsu.

6. Tumpuan kerajaan harus difokuskan kepada memperluas bantuan ke seluruh pelusuk tanah air dengan kerjasama dengan NGO yang lebih dekat dengan orang ramai yang terkesan, dapat menyalurkan bantuan fizikal, serta menyediakan sokongan emosional dan spiritual dengan lebih tersusun. Usaha bersepadu seperti ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam edisi ke-60 laporan Laksana oleh MOF. Segala bantuan yang diberi perlulah cukup, cepat dan sampai pada yang memerlukan.

AHMAD YAZID OTHMAN
Koordinator
Gabungan NGO-NGO Melayu & Islam

NGO-NGO Yang Menyokong Kenyataan Ini:

1. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia -DPMM
2. Persatuan Pengguna Islam Malaysia -PPIM
3. Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA
4. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad – MTEM
5. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO- ACCIN
6. Gerakan Pembela Ummah – UMMAH
7. KONGRES RAKYAT
8. Dewan Perdagangan Islam Malaysia – DPIM
9. Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh – GPASBP
10. PADI RESCUE
11. Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
12. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia – PPMM
13. Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia
14. Persatuan Iqra Malaysia (PIM)
15. Liga Muslim Malaysia
16. Persatuan Jihad Ekonomi Muslim Bersatu ( JIETU)
17. Yayasan Patriot Negara Malaysia -YPNM
18. Gerakan153 – G153
19. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia -PERKASA
20. Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia
21. Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanat Rakyat Malaysia ( SEDAR)
22. Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM)
23. Gabungan Demi Melayu (DemiMelayu)
24. Movement for Monetary Justice (MMJ)
25. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
26. Majlis Ekonomi Halal
27. Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA)
28. Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI Malaysia)
29. Malaysia Youth Filmmakers Association (MYFA)
30. Muslim Business Network Association of Malaysia ( MUBIN)
31. Persatuan Tunas Usahawan Nasional (PERTUNAS) MALAYSIA
32. Pemuafakatan Amanat Kesejahteraan Ekonomi Ahli Rantaian, Malaysia (P.A.K.A.R JIHAD
MALAYSIA)
33. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
34. Research and Information Centre On Islam (RICOI)
35. Interactive Muslimah Association (IMAN)
36. Darul Fitrah Malaysia
37. Himpunan Anak Kedah Malaysia (HAKeM)
38. Majlis Belia Malaysia
39. Gerakan Ekonomi Malaysia
40. Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala
Sejagat (MACSA)
41. Pertubuhan Muafakat Jali Didik Diri ( MUJADDIDI)
42. Pertubuhan Sufi Antarabangsa
43. Pertubuhan Tarekat Malaysia
44. Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat ( Amal Sejagat)
45. Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button