PERHATIAN, Air Sungai Di 4 Negeri Kini Di Tahap Amaran Dengan Trend Menaik
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 – Enam buah sungai di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, dan Melaka telah berada di aras amaran dengan trend menaik, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Menurut laporan itu, aras air di sekitar Sarawak iaitu di Roban, Betong kini berada pada aras 5.16 meter melebihi tahap amaran, manakala di Punah Bah B, Kapit merekodkan bacaan pada aras 10.36 meter, sementara di Benawa, Miri pula aras air kini meningkat kepada 7.63 meter.
BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Johor
BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH
BACA JUGA: CAP Sokong Hapus Kompaun Kesalahan Lalu Lintas Sepanjang Tahun
Selain itu, Sungai Keratong di Jam Bahau Keratong, Rompin mencatatkan bacaan pada aras 22.78 meter iaitu telah melebihi tahap amaran sebanyak 0.78 meter.
Sementara di Sungai Bandau di Kudat, aras air kini mencecah 7.61 meter telah melebihi tahap amaran sebanyak 0.71 meter.
Seterusnya, Sungai Duyong di Melaka Tengah juga menunjukkan trend meningkat yang mana kini telah berada di aras air 1.49 meter telah melebihi tahap amaran sebanyak 0.11 meter.
Sementara itu, METMalaysia mengeluarkan ramalan amaran hujan berterusan tahap bahaya di dua negeri iaitu Johor dan Sabah, dan tahap buruk di lima negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
.