Antarabangsa

Hati-Hati: Wabak Monkeypox Sudah Sampai Ke Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 22 Jun 2022 – Kementerian Kesihatan Singapura semalam telah mengesahkan kes pertama wabak cacar monyet (monkeypox) di negara berkenaan.

Menurut Channel News Asia, kes tersebut melibatkan seorang pramugara warganegara British yang berada di Singapura minggu lalu.

Pramugara tersebut dikatakan mengalami gejala sakit kepala, namun gejala tersebut dikatakan telah berkurangan sebelum dia mengalami gejala pada kulit pula. Beliau kemudiannya ditahan di wad Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit

Kementerian Kesihatan Singapura sedang dalam usaha mengesan kontak rapat mangsa, di mana setakat Selasa semalam, 13 kontak rapat telah berjaya dikesan.

“‘Contact tracing’ sedang dijalankan bagi penerbangan yang terkesan dan bagi tempoh sepanjang penetapan beliau di Singapura.”

“Sepanjang tempoh ini, dia kebanyakannya berada di bilik hotel, kecuali bagi melawati pusat urutan, dan makan di tiga premis makanan pada 16 Jun,” menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: