Antarabangsa

Pelampau Hindu Bangun Subuh Lawan Laungan Azan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 13 Februari 2022 – Tidak cukup dengan melarang pelajar Muslimah berhijab, tular pula sebuah video menunjukkan sami di sebuah kuil melakukan pemujaan melalui pembesar suara seawal 5.45 pagi (waktu India).

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Alunan pemujaan mirip azan umat Islam itu dilaporkan berlaku di Kuil Sri Rishikumara Swamiji, Karnataka, India.

Kapsyen video mendakwa, “Inilah hak sama rata….!!”

Berdasarkan tinjauan di bahagian komen rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan kuil tersebut.

“Idea yang sangat bagus….ia patut diambil dan diaplilasikan di semua kuil di seluruh negara,” kata @jaihindwala.

“Karnataka sedang menunjukkan jalan! Jai Jai Shri Ram!” dakwa Neha Gupta pula.

Dalam video berlainan, ekstremis Hindu di Madhya Pradesh bertindak memasang pembesar suara bertujuan untuk melawan laungan azan.

“Di Kampung Raoti, azan dilaungkan menerusi pembesar suara. Jadi kami sudah dapat jalan penyelesaian. Terdapat sebuah kuil, bertentangan dengan masjid di Melwada dan kami sudah memasang pembesar suara,” kata salah seorang ektremis.

“Setiap kali mereka melaungkan azan, kami akan memasang pembesar suara kami. Mesej ini perlu disebarkan ke seluruh India, Tularkan video ini,” katanya lagi dengan bongkak.

Sebuah akaun Twitter, TruthBeforePolity bersetuju dengan tindakan ini.

Dakwa akaun tersebut, “Jika dengan memasang pembesar suara menjadikan Hindu ” ekstremis”, bermakna, masjid yang dinyatakan dalam video dikendalikan oleh puak ekstremis. Pembesar suara mereka dibuka lima kali sehari sejak dahulu lagi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: