Antarabangsa

Perfileman India Di Bawah Hindutva Promosi Kebencian Terhadap Warganegara Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MUMBAI, 29 Mei 2023 – Filem India yang dikeluarkan baru-baru ini, The Kerala Story, bukan sahaja mendapat kritikan kerana ketidaktepatan fakta dan gambaran yang salah terhadap umat Islam, tetapi ia juga memberi kesan kepada trend kebencian anti-Muslim yang semakin meningkat di negara itu.

Filem-filem ini memberi kesan yang sangat buruk kepada masyarakat, kerana ia melebarkan jurang antara garis komunal, mewujudkan suasana kebencian, sekularisme, budaya dan secara langsung melaungkan slogan menentang umat Islam.

BACA JUGA: Menang Pilihan Raya, Erdogan Ikrar, LGBT Akan Dihalang Menyelusup Masuk Kerajaan

BACA JUGA: Gagal Dapat Diskaun Kapal Terbang, MP Labuan Persoal “Adakah Labuan Bukan Malaysia Timur”?

BACA JUGA: Kulasegaran Dedah ‘Pegawai’ Sivakumar Terpalit Rasuah, Bermasalah & Pernah Dipecat 15 Tahun Lampau

Filem propaganda seumpama ini direka dengan sangat teliti dari babak demi babak, dengan tujuan sesiapa yang menonton akan mengikut dan akhirnya melakukan sesuatu ke arah yang menjadikan idea tersebut diterima secara meluas, akhirnya yang menonton menjadi watak filem itu sendiri.

Sebelum ini industri filem India terkenal dengan pembikinan filem yang mempromosikan persaudaraan Hindu-Muslim dan keharmonian kaum, dan pernah diisytiharkan bebas cukai oleh kerajaan, kata pengulas politik dan penganalisis Asad Rizvi.

Tetapi malangnya, perfileman India di bawah Hindutva kini mengangkat filem yang mempromosikan kebencian dan perpecahan sebagai filem bebas cukai, kata Rizvi yang turut mengkritik keputusan kerajaan membuat The Kerala Story sebagai filem bebas cukai.

Kelulusan tayangan The Kerala Story menunjukkan trend filem propaganda di India semakin meningkat dalam pawagam India, yang bertujuan untuk memburukkan komuniti tertentu dan mencetuskan ketegangan komunal.

Matlamat keseluruhan ekosistem Hindutva adalah untuk merosakkan struktur sosial negara itu secara kekal, mewujudkan republik Hindutva di mana orang Islam menjadi warganegara kelas ketiga, dengan hak terhad untuk mendapatkan bantuan,” kata Shahi seorang wartawan dan penganalisis politik India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: