Antarabangsa

AS Beri Peluru Kepada Israel, Asalnya Untuk Kegunaan Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 22 Oktober 2023 – Pentagon merancang untuk menghantar puluhan ribu peluru artileri 155mm kepada Israel yang mana pada asalnya peluru-peluru tersebut dijadualkan untuk diberi kepada Ukraine beberapa bulan lalu.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh media Axios yang mana mereka menyebutkan bahawa berita tersebut telah diperolehi daripada tiga orang pegawai Israel.

Peluru-peluru yang akan diberikan kepada rejim Israel itu adalah daripada stok-stok kecemasan Amerika Syarikat (AS).

Media yang sama juga menyatakan bahawa pihak tentera rejim Israel dan kementerian pertahanan rejim tersebut telah memberitahu kepada AS bahawa mereka sangat memerlukan peluru-peluru tersebut untuk serangan darat di Gaza.

Ianya juga adalah diperlukan berikutan terdapat potensi peningkatan ketegangan yang bakal ditimbulkan Hizbullah di sempadan Lubnan, sebagaimana yang dinyatakan oleh para pegawai Israel.

Berkenaan rancangan asal yang mana ianya dijadualkan untuk diberikan kepada Ukraine, para pegawai AS menyatakan bahawa ianya tidak akan memberikan impak segera terhadap kemampuan Ukraine untuk berhadapan dengan tentera Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: