PRU-15

Percuma Tol Balik Mengundi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 November 2022 – “Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU-15.”

Demikian pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai tawaran tol percuma bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan bermula Jumaat ini, 18 November 2022 jam 12:01 pagi hingga Sabtu, 19 November 2022 jam 11.59 malam.

Menurutnya, inisiatif yang dianggarkan sejumlah RM34.5 juta itu dilakukan bagi memudahkan para pengundi pulang menunaikan tanggungjawab kepada negara dan meringankan serba sedikit beban kewangan yang dihadapi rakyat.

Selain itu, beliau turut mengumumkan hari kelepasan am selama dua hari pada 18 dan 19 November ini. Keputusan Kerajaan itu dibuat berikutan kemungkinan ada syarikat swasta yang masih beroperasi pada hari Sabtu.

“Hari mengundi PRU-15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan Kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: