Antarabangsa

‘Liwat Berlesen’: Bukti Cuba Negara Matang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CUBA, 28 September 2022 – Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel mendakwa bahawa rakyatnya kini sudah matang apabila hampir empat juta rakyat Cuba menyokong cadangan untuk menghalalkan kesatuan sesama jantina, ibu tumpang dan pengambilan anak oleh homoseksual.

“Cinta kini menjadi undang-undang!” ciap beliau di laman sosial Twitter meraikan kelulusan undang-undang tersebut.

Menurut laporan, keputusan awal menunjukkan 66.87% undi menyokong cadangan tersebut direkodkan dengan keseluruhan undian yang bersetuju dengan cadangan adalah sebanyak 3,936,790 daripada 5,892,705 pengundi.

Keputusan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Cuba akhirnya berjaya menggesa rakyatnya mengundi memihak kepada kod baharu, kerana ia melindungi semua orang tanpa pengecualian, memberi keistimewaan untuk menghormati maruah manusia.

Perubahan kepada kod itu diperlukan, kata Miguel Díaz-Canel kerana Cuba telah menjadi lebih pelbagai dan terdapat isu undang-undang yang timbul seperti kisah hidup yang diceritakan hari ini, direkodkan dalam penyelidikan, dan dalam situasi yang dibincangkan di mahkamah.

Dalam meraikan kemenangan tersebut, beliau turut menyatakan kekesalan dengan 1,950,090 rakyat Cuba yang membuang undi menentang serta menolak cadangan terbabit.

Ia sekali gus menjelaskan bahawa sebahagian rakyat Cuba tidak memahami bahawa undang-undang menghormati jenis keluarga yang mereka pertahankan dan juga melindungi hak bentuk cinta yang lain, kata Miguel Díaz-Canel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: