Tempatan

Percaya Herba Tradisional Punca Peningkatan Kes Covid-19 Di Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 13 Mac 2022 – Kepercayaan terhadap herba tradisional serta tidak mendapatkan rawatan awal di hospital merupakan antara punca kepada peningkatan kes COVID-19 di Sabah.

Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata kebanyakan kes yang dikesan adalah membabitkan golongan yang tidak menerima vaksin terutamanya warga emas.

Menurut beliau, ramai dalam golongan itu mengakui tidak menyedari diri mereka dijangkiti virus COVID-19.

Malah, mereka hanya mengambil ubat-ubatan tradisional kampung seperti herba apabila timbulnya gejala.

Beliau juga mengatakan bahawa lebih separuh daripada kes yang melibatkan warga emas di Sabah merupakan kes Bawa Mati (BID) berikutan tiada rawatan awal diberikan.

“Mereka hanya dibawa ke hospital apabila keadaan semakin teruk atau meninggal dunia. Di rumah, mereka menggunakan ubat tradisional untuk rawatan kerana percaya kepada akar tumbuhan.”

“Apabila akar tidak berfungsi dan keadaan semakin merosot, barulah mereka pergi ke hospital,” ujar beliau.

Tambah Masidi lagi, ada juga yang memilih untuk tidak mendapatkan rawatan awal berikutan mereka percaya bahawa mereka boleh menguruskannya sendiri di rumah.

Kebanyakan kematian yang berlaku melibatkan mereka yang tidak divaksin serta kes BID pula melibatkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Baru-baru ini, Sabah mencatat kadar jangkitan tertinggi COVID-19 secara sporadik atau jangkitan dikesan melalui saringan bergejala dengan peratusan lebih 71 peratus. Sebanyak 71.18 peratus daripada jangkitan baharu dikenalpasti sebagai kes bergejala yang tidak diketahui punca.

Justeru, Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan agar Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu diselaraskan ketika pembukaan sempadan pada 1 April nanti susulan situasi negeri tersebut serta kebanjiran warga Filipina dan Indonesia di mana kadar vaksinasi negara mereka tidak setinggi Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: