Antarabangsa

November Bulan Solidariti Palestin Bagi Warga Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 02 November 2023 – Indonesia pada Rabu lalu telah memulakan kempen Bulan Solidariti Palestin bagi menunjukkan bahawa mereka “akan sentiasa bersama dengan warga Palestin” dan akan mempertingkatkan lagi usaha mereka terhadap kekejaman Israel di Gaza.

Indonesia merupakan salah sebuah negara yang kuat menyokong Palestin dan perkara ini sudah bermula sejak puluhan tahun lalu di mana rakyat dan pihak pemerintah negara itu mengakui Palestin sebagai sebuah negara yang sah.

Berikutan itu, Indonesia sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel. Pihak pemerintah Indonesia juga sudah beberapa kali menyeru agar pendudukan Palestin oleh rejim Israel dihentikan.

Bulan Solidariti Palestin itu sudahpun dimulakan pada tahun 2022 oleh sebuah kumpulan advokasi tempatan, Aqsa Working Group (AWG).

Menurut pengerusi Palestine Solidarity Month AWG Rifa Berliana Arifin, bulan peringatan itu adalah bertujuan bagi membuktikan bahawa warga Indonesia sentiasa bersama dengan rakyat Palestin dalam setiap keadaan terutamanya dalam situasi yang kini sedang berlaku di Gaza. Ujarnya lagi,

“Tujuan solidariti yang ditunjukkan oleh warga Indonesia serta penduduk dunia yang lain adalah bagi menunjukkan bahawa Israel adalah penceroboh dan pentadbiran Netanyahu adalah sebuah pentadbiran yang barbarik”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: