Tempatan

Pekerja Gig Layak Terima Gaji Minimum & Manfaat Lain – Penganalisa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Pekerja gig juga layak diberi gaji minimum dan perlindungan sewajarnya dari pihak Kerajaan sepertimana yang diterima oleh bukan pekerja gig, kata penganalisa Edwin Goh.

Edwin berkata, Kerajaan sepatutnya bersikap adil terhadap seluruh rakyat tanpa mengira jenis pekerjaan terutamanya dalam mendepani ekonomi domestik dan global yang mencabar.

BACA JUGA: Khianat: 51 Kubur Islam Disembur Cat, Seorang Lelaki Dicekup

BACA JUGA: Dilabel Anti Semitik, Tun M Label Puak Zionis Label Serupa

BACA JUGA: Kerja-Kerja ECRL Didakwa Punca Insiden Tanah Mendap

“Saya fikir, sebagai sebuah masyarakat, kita harus bersetuju pada dasarnya untuk memastikan gaji yang adil untuk semua pekerja di Malaysia, tanpa mengira pekerjaan, kontrak dan waktu kerja mereka.”

“Rasional di sebalik gaji minimum yang adil untuk mereka boleh berdasarkan formula dan perancangan yang memfokuskan pada sifat pekerjaan, corak kerja, daya maju perniagaan dan faktor penting lain”

Sementara itu, pakar ekonomi Bank Dunia Alyssa Farha Jasmin turut mengesa Kerajaan meningkatkan perlindungan pekerja gig.

Menurutnya, penunggang penghantaran menghadapi risiko pekerjaan yang tinggi, namun mereka kekurangan akses kepada jaringan keselamatan sosial seperti simpanan persaraan dan insurans kemalangan pekerjaan.

“Pertama, Kerajaan boleh mewajibkan caruman automatik untuk simpanan persaraan ke atas pendapatan yang diperoleh melalui platform digital.”

“Kedua, Kerajaan perlu meneruskan inisiatif mewajibkan penyediaan insurans kemalangan oleh platform digital untuk tugas berisiko tinggi seperti pemandu dan penunggang p-Hailing sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2023 lalu.”

Walau bagaimanapun, Alyssa berkata mengawal selia kerja gig adalah tugas yang mencabar namun penting dilaksanakan demi kesejahteraan pekerja gig.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: