Tempatan

Perbicaraan Saman Sekolah Vernakular: Doakan Kami – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 23 November 2021 – Hari ini merupakan hari pendengaran bagi Kes Mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan di mana saya sendiri sebagai salah seorang plaintif bagi pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang merupakan wakil dari gabungan besar PEMBELA.

Selain ISMA yang dihantar sebagai ‘plaintif’ secara rasmi adalah GPMS, MAPPIM dan GAPENA. Kita semua dalam pasukan yang sama, bersama barisan para peguam seperti Tuan Haniff Khatri, Tuan Rahim Sinwan, Tuan Aidil Khalid, Tuan Khairul Azam (Buzze Azam), Datuk Zainul Rijal, dan ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kita akan berhadapan dengan nama-nama besar dari parti MCA, MIC, GERAKAN, Dong Zong, Hua Zong, Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan beberapa lagi.

Ini adalah usaha kita untuk mengubah negara ke arah sistem satu aliran melalui undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Mohon doakan kami dan barisan peguam dalam kes ini, demi kemakmuran dan masa depan negara Malaysia yang tercinta.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button