Antarabangsa

130,000 Liter Diesel Bakal Memasuki Gaza Dalam Tempoh Gencatan Senjata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MESIR, 24 November 2023 – Kerajaan Mesir akan menghantar 130,000 liter diesel dan empat trak gas ke Semenanjung Gaza setiap hari dalam tempoh gencatan senjata yang berkuat kuasa jam 7 pagi hari ini, seperti yang dilaporkan oleh sebuah agensi berita antarabangsa.

Menurut Ketua Perkhidmatan Maklumat Negara (SIS) Mesir, Diaa Rashwan dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa 200 trak bantuan juga akan memasuki Gaza untuk setiap hari.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Mesir, Majed Al-Ansari berkata, “Kami semua berharap gencatan senjata ini akan membawa kepada peluang bagi memulakan usaha meluas untuk mencapai gencatan senjata kekal”.

Memetik laporan, antara perjanjian yang dipersetujui oleh Israel dan Hamas berhubung gencatan senjata ini ialah Israel dikehendaki menghentikan tindakan ketenteraan di semua kawasan di Semenanjung Gaza termasuk pergerakan kenderaan tentera.

Malah, dalam gencatan senjata itu juga, ratusan trak bantuan kemanusiaan termasuk bekalan perubatan dan bahan api akan dibenarkan memasuki Gaza.

Laporan sama turut berkata, Hamas menyatakan bahawa 150 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Gencatan senjata bagi perang Israel dan Palestin akan berlangsung selama empat hari yang bermula pada 7 pagi hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: