Tempatan

Perbicaraan Saman Sekolah Vernakular Berlangsung Esok – Khairul Azam Aziz

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 November 2021 – Peguam Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz hari ini memaklumkan bahawa satu perbicaraan penuh berkaitan saman sekolah vernakular akan berlangsung pada 23 November 2021 (esok) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Perbicaraan penuh kes ini akan berlangsung pada 23 November 2021 (esok) jam 9 pagi di hadapan Yang Arif Hakim Dato Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Saman ini akan menentukan sama ada kewujudan sekolah vernakular sejak merdeka sehingga kini adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan atau tidak kerana tidak menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Buzze Azam.

Tambah beliau, jika mahkamah menetapkan kewujudannya bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan, ini bermaksud sekolah vernakular sedia ada tidak layak menerima apa-apa bantuan dari bajet Kerajaan Persekutuan.

“Sama-samalah kita berdoa agar barisan peguam yang mewakili kita dilancarkan lisan mereka berhujah hari Selasa depan. Ke arah sekolah satu aliran untuk perpaduan negara”, kata Buzze Azam dalam Facebooknya hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: