Tempatan

Perbelanjaan Isi Rumah: Agensi Kerajaan Diseru Rujuk Survei Sebelum Buat Keputusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Julai 2023 – Agensi kerajaan diseru merujuk Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2022 sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan barangan pilihan rakyat Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dapatan itu boleh menjadi rujukan buat agensi kerajaan bagi memahami corak perbelanjaan penggunaan isi rumah di Malaysia.

BACA JUGA: Manfaatkan AI Dalam Pembangunan Sektor Agromakanan

BACA JUGA: Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki

Berdasarkan laporan tersebut, sayur sawi, ikan kembung dan mi adalah juadah paling digemari rakyat Malaysia.

“Laporan menunjukkan 53.4 peratus isi rumah memilih ikan kembung disusuli selayang (27.6 peratus), siakap (25.4 peratus) dan cencaru (27.4 peratus).”

“Bagi sayuran pula, sawi menduduki tempat teratas pilihan 57.6 peratus isi rumah, diikuti lobak merah (54.4 peratus), ubi kentang (51.2 peratus) dan 53.4 peratus turut memilih tomato.”

Dapatan itu turut menunjukkan makanan berasaskan mi atau pasta menjadi pilihan 91.2 peratus isi rumah ketika makan di luar, di samping minuman teh (85.5 peratus) dan nasi lemak (83.1 peratus).

“Selepas ini, jika agensi kerajaan nak tanam apa-apa, kena tengok dapatan ini,” katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 pada Jumaat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: