Tempatan

Genosid Rakyat Palestin: Zionis Israel Belajar Dari Nazi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa rejim Zionis Israel mempelajari banyak perkara dari Nazi Jerman dalam melakukan genosid besar-besaran terhadap rakyat Palestin ketika ini.

Menurut beliau, penyelesaian terakhir bagi Nazi adalah menghapuskan kaum Yahudi dari dunia ini, sementara penyelesaian terakhir Israel pula adalah untuk membunuh semua rakyat Palestin dan bukan hanya Hamas.

Meskipun seluruh dunia mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan, Amerika Syarikat (AS) mahu Israel meneruskan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin bukan sahaja di Gaza, tetapi di Tebing Barat dan Lubnan.

Memetik kenyataan Tun M, “Netanyahu pasti tahu bahawa menghapuskan Hamas bukanlah penyelesaian terakhir.”

Tegasnya, “Rakyat Palestin akan terus melahirkan pejuang-pejuang seperti Hamas untuk menentang Israel. Dan perang akan berterusan, Israel tidak akan pernah tahu keamanan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: