Tempatan

Perbaiki Sekolah Kebangsaan Terlebih Dahulu Berbanding Tutup Sekolah Vernakular – Tun Mahathir

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERI KEMBANGAN, 28 Julai 2022 – Tun Dr Mahathir menyarankan agar sekolah kebangsaan diperbaiki terlebih dahulu berbanding menutup sekolah vernakular.

“Nak lakukan itu bukan mudah (tutup sekolah vernakular), tapi kalau tanya diri kita di mana kita salah, lebih mudah kita betulkan diri kita dahulu,” kata beliau.

Mantan Perdana Menteri itu berkata sedemikian ketika mengulas isu kewajaran memansuhkan sekolah vernakular dalam sesi soal jawab di Persidangan Meja Bulat “Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu” sebentar tadi.

Ujarnya, penutupan sekolah vernakular hanya akan menimbulkan isu politik dan tidak menjanjikan kejayaan untuk sekolah kebangsaan. Oleh itu, penumpuan perlu diberi bagi meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan.

“Di sekolah Cina atau Tamil apa yang mereka boleh lakukan bukan boleh menolong kejayaan kita, kalau mereka ada kita tak berjaya kalau mereka tidak ada pun kita tak berjaya.”

“Apa yang didahulukan, apa yang boleh dibuat keutamaan adalah kita perbaiki sistem pelajaran kita dalam pendidikan kebangsaan,” tegas bekas Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, beliau yakin sistem pelajaran sekolah kebangsaan akan melahirkan penuntut yang bukan sahaja berilmu tetapi tahu cara menggunakan ilmu sekiranya diperbaiki.

“Kita boleh tutup sekolah Cina tapi kalau sekolah kita tak baik tetap tak baik, kita masih di tahap itu sedangkan mereka ada cara teruskan pelajaran dalam bahasa mereka,” kata Tun Dr Mahathir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: