Antarabangsa

Perang Ukraine-Rusia, Negara Eropah Timur Ligat Produksi Senjata

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

IRAN, 28 November 2022 – Sebuah laporan penyiasatan telah mendedahkan bahawa syarikat-syarikat pengeluar senjata api Eropah Timur telah memperolehi keuntungan berganda sejak bermulanya operasi ketenteraan Rusia terhadap Ukraine.

Keuntungan berlipat ganda tersebut diperolehi berikutan syarikat-syarikat pengeluar tersebut telah meningkatkan kadar penghantaran senjata mereka kepada pihak Ukraine secara mendadak.

Reuters pada Khamis lalu telah melaporkan bahawa industri persenjataan Eropah Timur kini telah menghasilkan senjata-senjata api, peluru-peluru artileri dan lain-lain peralatan ketenteraan dalam kadar yang belum pernah dilihat sejak daripada Perang Dingin.

Ini berikutan negara-negara di rantau tersebut telah banyak memberi sokongan dalam membantu Ukraine dalam peperangannya menentang Rusia.

Sejak dari bermulanya peperangan Rusia dan Ukraine, rakan-rakan sekutu Kiev yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah memberikan sepenuhnya kelengkapan senjata canggih kepada Ukraine.

Tindakan negara-negara sekutu Kiev tersebut telah disifatkan oleh Rusia sebagai sesuatu yang hanya akan melanjutkan permusuhan yang sedia ada.

Poland kini merupakan negara ketiga terbesar bagi penyediaan senjata kepada Ukraine, manakala Republik Czech berada di tempat yang kesembilan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh laporan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: