Antarabangsa

Perang Ukraine-Rusia: China Cadang Solusi Keamanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 22 Februari 2023 – Menteri Luar Ukraine, Dmitry Kuleba telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu bahawa China telah memperkenalkan beberapa perkara daripada pelan perdamaian bagi krisis Rusia dan Ukraine.

Menurut Kuleba, perincian bagi pelan damai tersebut telah dikongsikan oleh diplomat tertinggi Beijing, Wang Yi.

BACA JUGA: SOSMA Kekal – Menteri KDN

Kuleba membuat kenyataan demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada sidang media bersama para pegawai NATO dan Kesatuan Eropah di Brussels.

BACA JUGA: Golongan Kayangan Tidak Wajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan

Beliau turut menzahirkan minatnya untuk mendapatkan dokumen penuh pelan pendamaian tersebut. Menurutnya lagi,

“Ianya adalah satu keperluan untuk mengkaji tentang perinciannya (pelan pendamaian)”.

BACA JUGA: Konsep Bahasa Ibunda Di Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rencam 

Namun pada sesi tersebut Kuleba tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai apa yang telah dikongsikan oleh diplomat China itu serta tetap dengan pendirian bahawa Ukraine terus memberikan keutamaan terhadap “formula” yang telah dirangka oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Zelenskyy kini sedang memajukan “pelan pendamaian” yang dirangkanya yang mana ianya memiliki sepuluh perkara utama. Antara perkara yang terdapat di dalam “pelan pendamaian” Zelenskyy adalah untuk menyeru tentera Rusia agar berundur daripada sempadan yang dituntut oleh Ukraine.

Selain itu, Zelenskyy turut menuntut agar Rusia membayar ganti rugi serta menyerah diri ke tribunal jenayah perang.
Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Zelenskyy menerusi “pelan pendamaian” tersebut telah ditolak oleh Rusia dan ianya telah disifatkan sebagai “tidak dapat diterima”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: