Perang Saudara UK Tidak Dapat Dielakkan – Musk
ISNIN, 05 Ogos 2024 – Elon Musk telah mengeluarkan kenyataan bahawa United Kingdom (UK) kini sedang berisiko berhadapan dengan perang saudara berikutan siri protes anti-pendatang yang berlaku di negara tersebut yang telah bertukar menjadi kejadian keganasan.
Beberapa buah bandar di negara tersebut termasuklah Liverpool, Notthingham, Leeds, Belfast, Stoke-on-Trent, Blackpool dan juga Hull telah berhadapan dengan keadaan huru-hara setelah berlakunya kejadian serangan bersenjata pisau di Southport, England.
Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga orang kanak-kanak terkorban dan beberapa orang lagi telah mengalami kecederaan.
Serangan tersebut telah dilakukan oleh seorang remaja berumur 17 tahun, Axel Rudakubana yang merupakan anak bagi pasangan yang berasal dari Rwanda.
Kejadian tesebut telah mencetuskan banyak siri protes, di mana rakaman video mengenai himpunan-himpunan bantahan tersebut menunjukkan peserta sedang melaungkan slogan-slogan yang bersifat anti-imigran serta anti-Islam, melakukan pembakaran serta menghidupkan bunga api.
Terdapat juga beberapa buah bangunan serta kereta yang telah mengalami kerosakan dan kemusnahan walaupun pada asalnya siri protes tersebut bukanlah bersifat keganasan.
Menerusi sebuah ulasan terhadap video yang dimuat naik ke laman X yang menunjukkan keadaan ganas yang berlaku sewaktu protes terbabit yang mana pengirim video tersebut menyatakan bahawa kekecohan tersebut adalah disebabkan kemasukan pendatang secara besar-besaran serta polisi-polisi penerimaan pendatang, Musk mengatakan,
“Perang saudara tidak akan dapat dielakkan”.
Seperti negara-negara Kesatuan Eropah (EU) lain, UK juga turut mengalami isu kemasukan pendatang secara besar-besaran sejak beberapa tahun dahulu. Pada Jun 2023, jumlah pendatang yang masuk ke negara tersebut dalam tempoh 12 bulan adalah seramai 685,000 orang.