Tempatan

Peminat Durian China Suka Durian Malaysia–KP MARDI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 14 Mei 2023 – “Orang China amat menggemari durian kita berbanding Thailand. Selain itu berdasarkan dapatan kajian yang pernah kita lakukan, 95 peratus rakyat republik itu menyatakan durian Malaysia lebih baik berbanding Thailand,” ujar Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Beliau mengulas sedemikian ekoran tercetus kebimbangan mengenai isu penanaman durian tempatan di Pulau Hainan, China baru-baru ini.

Katanya, teknologi dan penyelidikan penanaman durian di Malaysia lebih maju malah Malaysia berada di kedudukan yang baik sebagai pengeksport durian.

“Kita ada pakej teknologi penanaman sedangkan China baru belajar dan itu saya rasa tidak perlu ada kebimbangan dalam pasaran durian negara.”

BACA JUGA: Semasa Insiden Natrah, Cina & India Bersama Orang Melayu

BACA JUGA: Sekatan Saliran, Telaga Tiub Inisiatif Baik Elak Kebakaran Musim Panas

BACA JUGA: Malaysia Berhenti Laksana Ujian Klinikal Haiwan, Kini Libatkan Manusia

Selain itu, menurut Mohamad Zabawi, China perlu menunggu sekurang-kurangnya empat tahun sekiranya mahu menambah buah durian untuk mendapat hasil berganda.

Beliau berpendapat bahawa penanaman durian di Pulau Hainan belum tentu cukup, malah negara itu masih perlu mengimport durian dari Malaysia bagi menampung permintaan rakyatnya yang gemar makan durian.

Dalam pada itu, Mohamad Zabawi memberi jaminan bahawa pengeluaran durian China tidak menjejaskan aktiviti eksport mahupun pendapatan pengusaha durian tempatan bagi tempoh 10 tahun akan datang.

“Tidak perlu bimbang, mereka tanam tidak seluas mana pun jika mahu dibandingkan dengan jumlah penduduk republik itu. Jauh sangat.”

“Walaupun mereka cadang untuk memperluaskan tanaman kepada 3,333 hektar dengan pengeluaran kira-kira 67,000 tan metrik durian pun belum tentu cukup untuk rakyat mereka,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: