Antarabangsa

Perang Rusia-Ukraine: Senjata Kimia Mungkin Akan Digunakan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 15 Mac 2022 – Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, menegaskan bahawa terdapat kemungkinan Rusia akan mula menggunakan senjata kimia dalam peperangannya dengan Ukraine.

Dalam sebuah temubual bersama akhbar Welt am Sonntag, beliau mendakwa pihak Rusia telah menuduh Ukraine dan sekutunya dalam proses mencipta senjata kimia hanya sebagai sebuah alasan untuk Rusia sendiri menggunakan senjata kimia.

“Sekarang dakwaan palsu telah dibuat, kita perlu berhati-hati kerana berkemungkinan yang Rusia sendiri sedang merancang untuk melaksanakan operasi (serangan) senjata kimia, berselindung di sebalik tipu daya mereka (Sekiranya berlaku) ia adalah sebuah jenayah peperangan.” Tegasnya seperti yang dilaporkan CNBC.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan United Kingdom, melalui sebuah ciapan mendakwa pihak Rusia telah pun menggunakan ‘Thermobaric Rocket’, sebuah roket yang boleh menyedut oksigen dari persekitaran untuk menghasilkan letupan yang berganda dahsyat.

Leave a Reply

Back to top button