Antarabangsa

Perang Proksi Sudan: UN Jangka 800,000 Bakal Jadi Pelarian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUDAN, 02 Mei 2023 – Lebih dari 800,000 warga Sudan dan warga asing yang berada di negara tersebut dijangkakan akan menjadi pelarian disebabkan konflik yang sedang berlaku sebagaimana yang telah dinyatakan oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Raouf Mazou,Penolong Pesuruhjaya Tinggi untuk pelarian UNHCR telah menyatakan bahawa mereka telah mendapat angka tersebut sekitar 815,000 dan berkemungkinan kesemua mereka akan keluar ke tujuh negara berbeza.

Kenyataan Mazou tersebut telah dinyatakan sewaktu sesi penerangan kepada negara-negara ahli di Geneva, Switzerland.

BACA JUGA: Teknologi AI: 83 Juta Jawatan Bakal Dihapuskan

BACA JUGA: Tular Polis Bantuan Didakwa Buat Lagak Samseng Jalanan Di DUKE

BACA JUGA: Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

Menurutnya lagi, kini sekitar 73,000 orang telahpun keluar dari negara tersebut. Mazou menganggarkan bahawa 580,000 warga Sudan akan keluar dari negara tersebut manakala selebihnya lagi adalah pelarian yang sebelum ini berlindung di Sudan bagi tujuan keselamatan.

Pengerusi UNHCR, Filippo Grandi pula menyatakan bahawa jumlah tersebut adalah meyakinkan. Menurut beliau, pihak mereka berharap agar ianya tidak berlaku, namun jika keganasan tidak dihentikan, lebih ramai orang yang akan keluar dari Sudan.

UNHCR telah menyatakan bahawa situasi kemanusiaan yang dahsyat itu telah berlarutan sejak pertempuran yang mula berlaku pada 15 April lalu.

Ratusan orang telah terbunuh manakala ribuan lagi cedera dalam pertempuran di anara pemimpin tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan komandan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces, Mohamed Hamdan Daglo.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: