Perang Nuklear Berkemungkinan Berlaku – Admiral Laut AS
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 23 September 2022 – Admiral Tentera Laut Amerika Syarikat Charles Richard yang juga merupakan seorang Komander US Strategic Command telah mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang berdepan dengan kemungkinan perang nuklear.
Pengisytiharan tersebut dilakukan pada Rabu lalu ketika beliau menyampaikan ucapan pada sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Tentera Udara negara tersebut di Maryland.
Pada persidangan tersebut Richard menyebutkan bahawa ini merupakan kali pertama negara tersebut berdepan dengan kemungkinan perang nuklear sejak berakhirnya Perang Dingin dan AS hendaklah melakukan persiapan bagi meningkatkan kekuatannya dalam mendepani musuh.
“Rusia dan China boleh melakukan mana-mana tahap keganasan yang mereka pilih di dalam mana-mana ruang dan dengan mana-mana alatan penguasaan seluruh dunia.”
Beliau seterusnya meneruskan ucapan dengan berkata, “Kita sudah lama tidak menghadapi musuh dan pesaing sebegini.”
Pada Rabu lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin sekali lagi telah menyatakan pendirian beliau iaitu Kremlin “tanpa ragu-ragu akan melakukan segalanya bagi melindungi Rusia dan rakyatnya” jika wilayah Rusia menerima sebarang ancaman.
Sergey Lavrov, Menteri Luar Rusia turut memberi amaran terhadap AS mengenai penglibatan secara langsung kuasa barat itu di dalam konflik Ukraine.