NGO

Keluhan Pengalaman Transgender ‘Taubat’ – Profesor Madya Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 14 Jun 2022 – Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim melalui laman sosial Facebook miliknya berkongsi mengenai keluhan seorang remaja yang “de-transition” iaitu transgender belia yang mengambil keputusan untuk berubah dan bertaubat serta berpatah balik kepada jantina asalnya ketika dilahirkan.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata;

“Terdapat profesional perubatan yang terlalu agresif dengan “affirmative therapy” iaitu mengiyakan kehendak seseorang untuk mengubah jantina. Bagi remaja, mereka bersetuju memberi penghalang baligh (puberty blocker).”

Menurut beliau lagi, hormon bagi setiap manusia itu sangat sensitif. Dan apabila berada dalam badan manusia, hormon-hormon tersebut akan berinteraksi sesama sendiri tanpa perlu manusia campur tangan (homeostasis).

“Saya sendiri ngeri melihat individu yang mengambil hormon luaran dan memaksa badan kita mengikut “peraturan baru” ini, dalam keadaan mereka sihat walafiat.”

“Apatah lagi hormon penghalang baligh, hanya semata-mata kerana bertukar jantina,” tambah beliau.

Menutup kenyataannya, beliau menyeru agar orang ramai berhenti daripada terus memberi sokongan kepada ideologi ini yang dipercayai bermula dengan orang dewasa dan hingga pada akhirnya, ia akan melibatkan anak-anak dan remaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: