Tempatan

PERANAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA DALAM ISU “PALESTIN” – HANIFF KHATRI

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Siri : 2616

PERANAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA DALAM ISU “PALESTIN” !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :

1. Pada 02.01.2015, PALESTIN menjadi Anggota ke-123 kepada Rome Treaty 2002, iaitu satu pra syarat untuk mana-mana yang ingin menganggotai dan menjadi ahli MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA ICC, yang mempunyai bidang kuasa mengadili jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid.

2. Pada 16.01.2015, PALESTIN memfailkan RUJUKAN ADUAN JENAYAH yang dilakukan Zionis Israel terhadap PALESTIN di dalam Wilayah PALESTIN kepada ICC.

3. Walaupun sempadan “negara” PALESTIN telah diwujudkan PERSATUAN BANGSA-NABGSA BERSATU (PBB) pada 1967, tetapi Zionis Israel berulangkali mencabuli sempadan itu dan telah mencerobohi/menawan –

i. Baitulmaqdis Timur (ditawan Zionis Israel)
ii. Gaza (dicerobohi & ditadbir Zionis Israel), dan
iiii. Tebing Barat (dicerobohi Zionis Israel),

Walaupun pencerobohan/penawanan oleh Zionis Israel itu TIDAK DIIKTIRAF dunia dan PBB sebagai sebahagian Wilayah Israel, dan dilabelkan sebagai “Wilayah Tawanan/Cerobohan” (“Occupied Territories”) (sila lihat Resolusi PBB : 2334/2016).

4. Persoalan berkaitan isu BIDANG KUASA ICC di atas aduan PALESTIN disebabkan pertikaian sempadan sebenar PALESTIN telah dirujuk oleh PALESTIN kepada ICC pada 22.05.2018.

5. Pihak Pendakwa ICC, telah seterusnya atas permohonan PALESTIN telah pada 22.01.2020, menampilkan persoalan BIDANG KUASA ICC untuk dilupuskan oleh “Pre-Trial Chambers 1 ICC”.

6. Pada 05.02.2021 (3 bulan yang lalu) dengan keputusan majoriti 2:1 “Pre Trial Chambers 1″ ICC telah SETUJU bahawa ICC mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat, mendakwa dan membicarakan aduan Palestin!

(Link Laporan : https://www.icc-cpi.int/Pages/record.aspx?docNo=ICC-01/18-143)

7. Pada 03.03.2021 (2 bulan yang lalu) Pendakwa ICC, Fatou Bensouda telah membuat kenyataan rasmi bahawa SIASATAN berkaitan aduan Palestin terhadap Zionis Israel telah MULA !

(Link Laporan : https://www.icc-cpi.int/Pages/item.aspx?name=210303-prosecutor-statement-investigation-palestine)

8. Apa yang penting adalah Malaysia, walaupun telah pada 05.04.2019 menarik diri sebagai ahli Rome Treaty 2002, yang pada awalnya ditandatangani pada 04.03.2019, kita masih boleh dan perlu mengambil peranan aktif dalam membantu SIASATAN dan DAKWAAN terhadap Zionis Israel agar mereka yang bertanggungjawab menghadapi BICARA dengan sesegera mungkin, sebagai “rakan mahkamah”(“amicus curiae”) dan berganding bahu dengan negara-negara rapat yang menjadi ahli Rome Treaty 2002, secara khususnya PALESTIN.

9. Di sinilah saya percaya sebagai Muslim Malaysia kami di dalam bidang GUAMAN melalui PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) perlu dengan sistematik bekerja dalam penyediaan “Kertas Kerja Ke Arah Pendakwaan Zionis Israel di bumi Palestin” agar ianya dapat membantu mempercepatkan keadilan duniawi antarabangsa, kelak.

IN SHAA ALLAH !

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button